Malaysia Failkan Tuduhan Jenayah Ke Atas Goldman Sachs

371

Malaysia telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap 17 pengarah dan bekas pengarah syarikat subsidiary Goldman Sahcs Group Inc berhubung siasatan kes rasuh berjuta dolar dana 1MDB, menurut peguam negara pada Jumaat.

Goldman Sachs berada di bawah siasatan kerana didakwa bersubahat menaikkan $6.5 bilion dolar melalui penawaran bon 1Malasia Development Berhad (1MDB), berhubung siasatan rasuah dan penggubahan wang haram sekurang-sekurangnya di enam negara.

Peguam Negara, Tommy Thomas menyatakan tuduhan adalah di bawah seksyen Akta Pasaran dan Perkhidmatan Modal Malaysia yang melibatkan tanggungjawab eksekutif kanan tertentu atas sebarang tindakan kesalahan.

Individu yang terlibat dalam tuduhan tersebut termasuk Richard Gnodde, Ketua Eksekutif di Goldman Sachs International dan Michael Sherwood, bekas Timbalan Pengerusi Goldman Sachs Group Inc dan juga Timbalan Pegawai Eksekutif Goldman Sachs International.

Goldman Sachs kekal menafikan sebarang tindakan salahlaku dan mengatakan bahawa bekas kerajaan Malaysia dan 1MDB berbohong kepada Goldman Sachs, peguam luar dan lain-lain mengenai penggunaan hasil transaksi.

Pada tahun lalu, Malaysia telah memfailkan tuduhan yang menentang Goldman Sachs ke atas dua bekas pegawai bank Amerika Syarikat yang mempunyai hubungan bersama 1MDB. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sedang menyiasat peranan bank sebagai penjamin dan pengatur tawaran bon.

Menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, anggaran berjumlah $4.5 bilion dolar telah disalahgunakan daripada 1MDB oleh pegawai dana dan rakan sekutunya antara tahun 2009 dan 2014.

Tim Leissner, bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, mengaku bersalah pada Ogos tahun lalu di atas konspirasi penggubahan wang haram dan konspirasi melanggar Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (FCPA) dan bersetuju untuk mengembalikan semula wang berjumlah $43.7 juta kepada Amerika Syarikat.

Malaysia sedang menyiasat ganti rugi $7.5 bilion dolar daripada Goldman Sachs berhubung urusan bersama syarikat 1MDB, yang ditubuhkan pada tahun 2009 bersama bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat