Malaysia Kena Tempias, Sektor Pembuatan Merosot 2 Bulan Berturut-turut!

327

Asia terus merasai tempias kelembapan aktiviti ekonomi, menyaksikan sektor pembuatan Malaysia berada dalam penguncupan untuk bulan kedua berturut-turut pada Oktober.

Meneliti data yang dikeluarkan S&P Global Market Intelligence, indeks PMI pembuatan Malaysia menurun kepada 48.7 daripada 49.1 yang dicatatkan pada September.

Bacaan di bawah 50 menunjukkan penguncupan, manakala apa-apa catatan di atas angka tersebut menandakan pengembangan.

Faktor utama kepada penurunan ini adalah keadaan pasaran global yang lembap dan permintaan pelanggan yang lemah.

Pada masa yang sama, pesanan baharu juga menurun untuk bulan kedua, dengan permintaan dari luar negara pula berkurang daripada pengukuhan dalam tempoh 16 bulan.

Kemerosotan turut dilihat dalam pekerjaan susulan peningkatan yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Hakikatnya, kelembapan ini bukan sahaja dilihat di Malaysia tetapi juga beberapa negara Asia lain termasuk Korea Selatan, Taiwan dan China.

Kejatuhan di Taiwan adalah paling ketara di mana indeks PMI pembuatan junam kepada 41.5 pada bulan Oktober daripada 42.2, menandakan bacaan paling lemah sejak Januari 2009.

Sementara itu di Korea Selatan, aktiviti perkilangan mencatat penguncupan untuk bulan keempat berturut-turut walaupun sedikit meningkat pada bulan lalu dengan catatan 48.2.

China turut menyaksikan kejatuhan dalam pembuatan pada bulan lalu akibat langkah kawalan COvid-19 yang membebankan pengeluaran dan permintaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat