Malaysia Mahu Terus Tarik Pelabur Walaupun Perang Dagangan Berakhir

221

Malaysia akan terus menarik pelabur asing selepas perang dagangan dijangka oleh penganalisis ekonomi akan berakhir pada tahun 2020 menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) walaupun terdapat segelintir yang menjangkakan ia tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming menyatakan persekitaran dan fasiliti pelaburan yang selamat serta tenaga kerja yang berkemahiran tinggi pasti akan ditawarkan oleh Malaysia.

Terdahulu, China telah memindahkan operasi sebahagian besar operasi mereka ke Malaysia di tengah-tengah ketegangan perdagangan. Sebagai negara membangun, Malaysia dijadikan salah satu tumpuan AS dan China untuk memindahkan dan mengembangkan operasi mereka.

Kesannya, antara yang mendapat keuntungan daripada ketegangan tersebut adalah Selangor apabila pelaburan langsung asing dan domestik dalam sektor pembuatan berbeza negeri tersebut dapat diimbangi.

Jumlah pelaburan sebanyak 52.1% telah disumbangkan oleh sektor pembuatan iaitu berjumlah RM113.0 bilion manakala 47.9% atau RM103.96 bilion daripada pelaburan asing telah diterima oleh Selangor.

Selain itu, jumlah pelaburan dilulus dalam sektor pembuatan meningkat daripada RM3.1 bilion atau 90.3% kepada RM5.9 bilion dalam tempoh sama tahun lalu dan daripada jumlah tersebut 64% atau RM3.8 bilion merupakan daripada pelaburan asing.

Sementara itu, peningkatan kemasukan pelaburan asing telah membantu pertumbuhan ekonomi negara di mana pertumbuhan KDNK suku kedua 2019 dicatatkan meningkat 4.9% iaitu lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat