Malaysia Menang Dalam Kes Tuntutan ‘Waris Sulu’

636

Walaupun tanpa pertumpahan darah, kemenangan akhirnya berpihak kepada Malaysia dalam pertikaian undang-undang dengan kumpulan yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu.

Pada Selasa, Mahkamah Rayuan Perancis telah membenarkan keputusan Malaysia mencabar “Partial Award” oleh penimbang tara Gonzalo Stampa pada Mei 2020 dalam kes tuntutan waris Sulu.

Menteri Undang-undang Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman berkata keputusan tersebut bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada ‘award’ yang diputuskan itu untuk sebarang tujuan.

Selain itu, mahkamah itu juga mendapati penimbang tara Gonzalo Stampa terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.

Rentetan daripada keputusan tersebut, Datuk Seri Azalina menyifatkannya sebagai satu kemenangan jelas buat negara dalam perjuangannya dalam menegakkan undang-undang.

Ini sekali gus menolak tuntutan yang disifatkan sebagai tidak berasas daripada kumpulan Sulu dan membatalkan usaha untuk mendapatkan pampasan lebih besar daripada Malaysia.

Menyingkap semula kekecohan yang terjadi tahun lepas, kumpulan Sulu telah memperoleh anugerah RM62.95 bilion ($14.2 bilion) terhadap Malaysia berikutan tuntutan wilayah mereka ke atas Sabah.

Ekoran itu pada Julai, mereka cuba merampas aset milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang didaftarkan di Luxembourg, tetapi tidak berjaya.

Kerajaan kemudiannya memfailkan permohonan bagi membatalkan tuntutan di Paris, di mana pada Mac lalu mahkamah mengekalkan perintah penangguhan Malaysia terhadap penguatkuasaan perintah tersebut.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat