Malaysia Nombor 3 Dunia Sebagai Destinasi Perniagaan Kompetitif!

2,227

‘Walaupun kebelakangan ni asyik dengar berita negatif sahaja tentang ekonomi, ada juga yang positif untuk Malaysia.’

Data Indeks Lokasi Perkhidmatan Global (GSLI) 2021 memperlihatkan Malaysia mengungguli ranking ke-3 dunia sebagai lokasi perniagaan paling kompetitif di belakang India dan China.

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh firma perundingan global, Kearney, 7 daripada 10 tempat teratas didominasi oleh ekonomi Asia dengan India pada ranking pertama pada skor 7.09 dan diikuti China pada skor 6.80.

Malaysia pula mengungguli tempat ke-3 dengan skor 6.22 dalam senarai lokasi Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) yang dikeluarkan setiap 2 tahun dan menjejaki kontur landskap dunia merentasi 60 negara tersebut.

Difahamkan bahawa indeks tersebut mengukur kedudukan dengan mengambil kira 4 aspek iaitu daya tarikan kewangan, kemahiran dan ketersediaan manusia, persekitaran perniagaan serta resonans digital.

Jelas perunding perniagaan, Joon Teoh, GBS berperanan memberi petunjuk kepada syarikat multinasional (MNC) atau organisasi besar dalam memusatkan operasi dan aktiviti perniagaan mereka di negara tertentu.

Ia mengisyaratkan maklumat penting termasuk kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat dan pemerolehan kepada syarikat sebelum membuat pelaburan ke dalam negara.

Antara MNC yang menubuhkan pusat GBS di Malaysia adalah Shell, AstraZeneca dan Bash.

Bagi kategori organisasi antarabangsa antara kerajaan (IGO) di Malaysia pula adalah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia menurut Teah sentiasa menekankan pembangunan GBS termasuk menggariskan kepentingannya dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat