Malaysia Penerima Utama Vaksin Covid-19 dari China, Saham Farmaseutikal Terima ‘Tempias’

1,374

Laporan bahawa Malaysia akan menjadi penerima utama vaksin Covid-19 dari China dilihat memberi perkhabaran baik buat saham kaunter farmaseutikal dan syarikat yang memeterai perjanjian vaksin itu.

Lapor The Edge, pada pukul 10.19 pagi tadi, saham Pharmaniaga melonjak sebanyak 10 sen kepada RM5.22; Apex Healthcare naik 3 sen kepada RM3.43; Bintai Kendei naik sedikit sebanyak 1 sen kepada 68.5 sen manakala Duopharma dan Kotra Industries masing-masing meningkat 4 sen kepada RM3.64 dan RM3.23.

Dalam pada itu, subsidiari Ho Wah Genting iaitu HWGB Biotech Sdn Bhd yang memeterai perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat China, Xinkexian (Beijing) Biotechnology Co, Ltd (XKX) bulan lalu turut menyaksikan sahamnya meningkat sebanyak 10 sen kepada 74 sen.

MoU itu menjadikan XKX sebagai pengeluar bukan esklusif penghasilan vaksin Covid-19 untuk HWGB.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi telah mengadakan pertemuan dua hala dan bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai penerima utama vaksin Covid-19 sebaik sahaja selesai dihasilkan.

Ujar Yi, vaksin berkenaan sedang dibangunkan dan boleh diedarkan kepada orang ramai pada awal bulan hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat