Malaysia Ranking #1 Dalam Kadar Pertumbuhan Pasaran E-Dagang

729

Nombor 1 kot, bukan kaleng-kaleng!

Malaysia mendominasi tempat pertama dalam kalangan negara anggota Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dari segi kadar pertumbuhan pasaran e-dagang yang semakin berkembang pesat sejak beberapa tahun ini.

Menurut laporan oleh Deloitte bertajuk ‘Technology-empowerment Digital Trande in Asia Pacific‘, saiz pasaran e-dagang Malaysia berjumlah US$6.297 bilion yang mewakili 61.4% daripada saiz pasaran e-dagang di China dan berada dalam kedudukan tertinggi selepas Indonesia dan Thailand.

Laporan tersebut turut menyatakan pembayaran dan jualan adalah 2 fungsi perdagangan dengan tahap pendigitalan tertinggi dan Malaysia mempunyai kadar penembusan tertinggi bagi pendigitalan jualan e-dagang merentasi sempadan pada 65.7%.

Walaubagaimanapun, keseluruhan e-dagang rentas sempadan Malaysia telah dihadkan oleh faktor seperti infrastruktur logistik rentas sempadan dan operasi teknikal yang memberi kesan kepada pembangunannya.

Deloitte menyatakan penggunaan rentas sempadan hanya menyumbang 42% daripada saiz ekonomi internet Malaysia yang jauh lebih rendah berbanding pasaran matang dalam kalangan ahli RCEP.

Sambung Deloitte lagi, perdagangan digital dijangka akan terus meningkat di Malaysia dengan aktiviti e-dagang rentas sempadan yang rancak, penggunaan meningkat dalam gaya hidup digital pengguna, pembangunan infrastruktur digital dan kerjasama serantau yang kukuh hasil penerajuan RCEP.

Naib pengerusi Deloitte China dan peneraju industri Teknologi, Media dan Telekomunikasi, Taylor Lam menyatakan pembangunan teknologi digital dan kerjasama serantau yang meningkat akan mempercepatkan pembentukan perdagangan digital di rantau Asia Pasifik dan teknologi digital membolehkan penjualan global mengambil bahagian dalam perdagangan global tanpa sebarang halangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat