Malaysia Tepis Tuduhan China

1,362

Malaysia menolak dakwaan China yang menyatakan Malaysia tidak mempunyai hak untuk menuntut kawasan di utara wilayah pertikaian, Laut China Selatan.

Menurut laporan The South China Morning Post (SCMP), Malaysia menghantar ‘nota lisan’ kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 29 Julai lalu bagi menolak dakwaan Beijing berdasarkan Konvensyen Undang-Undang Laut PBB (UNCLOS).

Sebelum ini, Malaysia memaklumkan kepada PBB bahawa China cuba menuntut kawasan tuntutan Malaysia di wilayah pertikaian terbabit namun Beijing membantah kenyataan Malaysia pada Disember lalu.

China mendakwa tindakan Malaysia itu mengancam kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa China di Laut China Selatan.

Beijing menuntut kawasan yang terletak di Garisan Sembilan Baris meliputi perairan Vietnam, Malaysia, Filipina dan Taiwan.

Bagaimanapun, enam buah negara termasuk Malaysia cuba menolak tuntutan China dan Beijing dilihat enggan menyerahkan wilayah pertikaian itu kepada mana-mana negara apabila membina pulau buatan serta memperkukuhkan sistem ketenteraannya di situ.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo menerusi kenyataan dikeluarkan baru-baru ini turut menolak tuntutan China dan mendakwa tindakan Beijing melanggar undang-undang antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat