Malaysia Terhadkan Pekerja Asing Untuk Tiga Sektor Ini Sahaja

657

Kerajaan Malaysia pada hari ini melaporkan pengambilan pekerja asing hanya tertakluk kepada industri pembinaan, perladangan dan pertanian sahaja.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, keputusan itu dibuat bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim ketika bercakap di Parlimen hari ini berkata, sektor-sektor lain yang sedang menggunakan pekerja asing akan diarahkan untuk mengambil tenaga kerja tempatan.

Beliau turut menyatakan bahawa ketika ini, lebih dua juta pekerja asing berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan waktu untuk pelaksanaan dasar itu akan dilakukan.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara, banyak syarikat terpaksa ‘mengorbankan’ tenaga kerja asing berikutan peningkatan kes yang tinggi dalam kalangan pekerja asing.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat