Malindo Air Kini Rasmi Tukar Nama Kepada Batik Air!

1,250

‘Dah macam jadi trend je syarikat penerbangan tempatan tukar nama.’

Agak lama menyepi dan menyuram sejak Covid-19 melanda dunia pada 2 tahun lalu, kini Malindo Airways Sdn Bhd milik Lion Group Indonesia yang berpangkalan di Malaysia akan berwajah baru.

Difahamkan Malindo Air yang dulu, bukan yang sekarang kerana ia telah menukar nama secara rasminya ke Batik Air.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia yang akan berkuatkuasa pada Khamis, 28 April 2022.

Menurut kenyataan Lion Group pada 27 April lalu, Batik Air telah mendapat kelulusan bagi menjalankan perniagaan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadikan sebagai hab transit syarikat penerbangan Lion Group.

Sebagai makluman, Lion Group memiliki beberapa kumpulan penerbangan termasuk Malindo Air, Lion Air, Batik Air, Wings Air dan Thai Lion Air.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Kapten Mushafiz Mustafa Bakri menzahirkan rasa terujanya dengan penjenamaan semula tersebut dan menyambut baik pembukaan semula sempadan yang akan memberi peluang kepada potensi pertumbuhan syarikat.

Tambah beliau lagi penjenamaan semula tersebut turut bakal menyaksikan penawaran perkhidmatan baharu secara berperingkat dan penumpang serta rakan kongsi akan dimaklumkan secara progresif semasa pelancaran nanti.

Setakat ini Batik Air dikatakan bakal menerima penghantaran 10 unit Boeing 737 MAX daripada Lion Group pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat