Mampukah AUD/USD Terus Kekalkan Momentum Kenaikan Harga?

495

Selepas mencatatkan kenaikan pada dagangan semalam, pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD dilihat lebih mendatar pada hari ini sementara pasaran menantikan data tumpuan utama iaitu laporan pekerjaan NFP sebentar lagi.

Pada sesi Asia, data jualan runcit Australia telah diterbitkan dan angka bacaan menunjukkan peningkatan kepada 0.4% untuk Ogos 2019 mengatasi bacaan terdahulu namun lebih rendah berbanding jangkaan 0.5% oleh pasaran. Kenaikan bulanan ini adalah yang terpantas dicatatkan sejak Februari, menyusuli penurunan kadar faedah oleh bank pusat Australia dan rebat cukai kerajaan.

Kenaikan harga sehingga 50 pips yang ditunjukkan pada dagangan AUD/USD semalam telah berjaya melepasi zon support become resistance (SBR) pada 0.6745 dan kelihatan pergerakan harga masih menuju ke arah lebih tinggi.

Kenaikan harga seterusnya dijangka akan menuju ke paras tumpuan pada 0.6780 atau lebih tinggi lagi ke paras zon resistance pada 0.6800.

Namun jika harga kembali menjunam melepasi paras 0.6745 semalam, harga dilihat berpotensi mencecah penurunan sehingga ke paras 0.6700 atau menguji zon support lebih rendah pada sekitar 0.6670.

Pergerakan harga akan bergantung pada angka bacaan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini. Dengan jangkaan pergerakan besar harga akan berlaku, para pelabur telah mula berwaspada mengawal posisi dagangan dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat