Mampukah AUD/USD Teruskan Pendakian? Impak USD Akan Jadi Penentu

145

Dolar Australia bergerak lebih baik berbanding US dolar pada awal sesi hari ini (Rabu) setelah tekanan pengukuhan US dolar sedikit mengendur.

Pada Selasa semalam, US dolar dilihat masih meneruskan pengukuhan dari momentum dagangan penutup minggu lalu ketika reaksi data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

Namun pergerakan pasaran bercampur-campur dengan kebimbangan yang menyelubungi menjelang data penting pada hari ini indeks harga pengguna (CPI) AS dan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, zon sekitar 0.66000 menjadi tumpuan sepanjang Selasa semalam.

Sedikit positif apabila harga menunjukkan peningkatan di sesi Asia pagi ini selepas dilihat menguji dahulu paras 0.66000 sebelum melantun naik.

Corak kenaikan harga perlahan mencapai paras 0.66200 pada pembukaan sesi Eropah, namun menunjukkan isyarat awal untuk pergerakan bullish di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Rintangan awal harga pada 0.66400 bakal memperlahankan kenaikan sebelum diteruskan lebih tinggi menuju zon rintangan utama pada 0.67000.

Sementara, penurunan harga jika berlaku di bawah paras 0.66000 akan merisikokan kejatuhan yang lebih dalam.

Sasaran adalah untuk menuju sekitar 0.65400 untuk harga menguji zon penting tersebut dan memberi isyarat arah pergerakan selanjutnya.

Sama ada naik ke atas atau turun ke bawah, pergerakan drastik harga dijangka akan dipaparkan pada sesi New York nanti.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat