Mampukah Corak Kenaikan EUR/JPY Kekal Bertahan?

242

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY mula menunjukkan isyarat bullish setelah harga pamerkan corak kenaikan pada minggu ini.

Setelah penurunan harga pada Selasa lalu mencecah paras 128.600 untuk rekodkan paras terendah terbaru 4 bulan, harga mula meningkat semula menuju penghujung minggu.

Namun, corak kenaikan tersebut memberi isyarat untuk memulakan trend bullish selepas harga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta EUR/JPY.

Pelabur walau bagaimanapun tetap berwaspada terhadap dagangan Euro menjelang mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah pada hari ini. Jangkaan untuk dasar longgar dikekalkan oleh bank pusat akan memberi kesan kejatuhan semula nilai Euro dalam pasaran.

Sementara Yen pula melemah berikutan sentimen pasaran dinilai sedikit pulih, membuatkan tarikan terhadap mata wang safe-haven pudar semula seperti yang berlaku pada US dolar.

Kenaikan harga pada carta EUR/JPY dilihat berlegar di paras 130.00 dengan jangkaan kenaikan yang akan diteruskan akan menuju semula zon rintangan sebelum ini iaitu pada 131.00 yang diuji pada minggu lalu.

Kenaikan melepasi zon tersebut seterusnya akan mendorong sasaran harga yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke paras sekitar 132.500 semula.

Sebaliknya, jika corak kenaikan yang dipaparkan ini hanyalah sekadar pembetulan harga, penruunan harga dilihat akan kembali menuju semula ke paras sokongan 128.400.

Paras tersebut telah berjaya ditembusi pada kenaikan Februari lalu sebelum menjadi paras sokongan pada dagangan Mac.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat