Mampukah Decred (DCR) Catatkan Kembali 500% Lonjakan Dalam Pasaran?

197

Decred merupakan matawang kripto berasaskan blockchain yang diwujudkan untuk memudahkan tadbir urus terbuka, interaksi komuniti, dan mempunyai dasar pembiayaan yang mampan.

Dilancarkan pada Februari 2016 oleh Jake Yocom-Piatt.

Menariknya, Decred berperanan sebagai projek inovatif kerana ia bertaruh pada sifat teknologi blockchain yang tidak berpusat untuk mencegah monopoli ke atas status mengundi dalam projek itu sendiri.

Namun, Decred menggunakan mekanisme konsensus hibrid, yang menggabungkan kedua-dua mekanisme proof-of-work (PoW) dan proof-of-stake model (PoS).

Selanjutnya, meneliti kepada carta pergerakan semasa harga DCR/USDT.

Pergerakan harga dapat dilihat telah berjaya menghasilkan kenaikan lebih 500% pada pasaran 2021 mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai paras harga $250 pada 17 April yang lalu.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga DCR dilihat sedang bergerak secara lemah samada membuat correction atau meneruskan penurunan yang lebih rendah.

Untuk jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga kekal dengan pergerakan tersebut, ia mungkin bakal menuju ke zon RBS (resistance become support) sekitar $110 semula untuk diuji.

Namun jika pergerakan harga menunjukkan trend kenaikan, pergerakan harga bakal kembali menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $120 sebelum meneruskan ke paras yang lebih tinggi.

Sewaktu penulisan, DCR/USDT didagangkan pada harga sekitar $116 susut lebih 7% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-51 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto DCR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat