Mampukah EUR/JPY Kekal ‘Bullish’ Selepas Mesyuarat ECB?

276

Pergerakan harga bagi carta pasangan mata wang EUR/JPY yang merupakan antara kegemaran ramai trader turut menjadi tumpuan hari ini sementara pasaran menantikan keputusan mesyuarat bank pusat Eropah sebentar lagi.

Pengukuhan Euro sejak awal minggu mula memperlahankan rentaknya pada dagangan Rabu semalam dengan pelabur yang mula berwaspada menunggu jawapan sama ada European Central Bank (ECB) akan benar-benar meningkatkan kadar faedah buat pertama kali untuk tempoh lebih 1 dekad.

Sementara mata wang Yen pula kekal pamerkan prestasi suram dengan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Jepun pada sesi Asia pagi ini masih mengekalkan pendirian untuk dasar monetari yang longgarnya seperti yang dijangkakan.

Meneliti pergerakan carta EUR/JPY, harga telah memaparkan corak trend bullish sejak minggu lalu lagi selepas penurunan sehingga awal Julai lalu telah mendatar di zon 137.00.

Isyarat bullish dilihat selepas pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam telah menembusi paras 140.00 dan menyambung kenaikan pada dagangan minggu ini.

Namun, selepas mencapai paras ketinggian sekitar zon 141.600, harga mula paparkan corak penurunan kembali pada Rabu semalam dengan paras sokongan MA50 mula diuji.

Pelabur berwaspada untuk isyarat perubahan trend bearish walaupun harga pamerkan peningkatan semula sejak sesi Asia pagi ini (Khamis) bersambung ke sesi Eropah sementara keputusan mesyuarat ECB dijangka akan menentukan pergerakan harga selanjutnya.

Jika harga berjaya menyambung semula kenaikan terdahulu, paras ketinggian pada Rabu semalam bakal diatasi untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi akan adalah pada zon 144.00 yang merupakan zon rintangan penting diuji harga sepanjang dagangan Jun lalu yang masih gagal ditembusi.

Sebaliknya jika harga menyusut lebih rendah, zon RBS (resistance become support) 140.00 dilihat menjadi zon penting bakal diuji.

Penurunan lebih rendah melepasi bawah zon tersebut akan menguatkan lagi jangkaan untuk penurunan lanjut harga pada trend bearish untuk kembali ke zon support 137.00.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat