Mampukah EUR/JPY Tembus Resistance Minggu Lalu?

444

Data-data ekonomi yang diterbitkan pada sesi Eropah dilihat bakal mencorakkan pergerakan bagi mata wang Euro dengan tumpuan utama akan terarah pada tinjauan ZEW untuk sentimen ekonomi Jerman.

Setelah bergerak perlahan di sesi Asia, Euro dilihat mendapat rentak untuk memulakan pengukuhan namun masih awal buat pelabur menentukan arah yang lebih jelas.

Sementara dagangan safe-haven seperti US dolar dan Yen Jepun masih lagi dipengaruhi oleh sentimen yang menjadi tumpuan utama pasaran seperti isu vaksin, pakej rangsangan ekonomi AS, Brexit serta risiko hubungan dagang AS-China.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/JPY, pergerakan harga dilihat mendatar di awal minggu selepas kenaikan harga dipamerkan minggu lalu.

Zon resistance 127.000-126.700 masih lagi belum berjaya ditembusi ketika kenaikan harga minggu lalu dengan paras ketinggian dicapai di bawah paras 126.700 di penghujung minggu.

Menyambung kenaikan pada awal minggu ini, harga bergerak perlahan dan menurun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat awal trend bearish harga.

Penurunan harga akan dijangkakan menuju zon RBS (resistance become support) pada 125.00 selepas paras tersebut yang menjadi rintangan sebelum ini telah berjaya ditembusi.

Sementara kenaikan pula dilihat akan menguji zon resistance 127.00 yang masih gagal ditembusi sejak diuji pada September lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat