Mampukah GBP/USD Melonjak Selepas Rundingan Brexit Dilanjutkan?

429

Dagangan Pound Sterling pada minggu lalu agak bercelaru dengan tercari-cari arah pergerakan yang lebih jelas sehingga penghujung minggu.

Hal ini adalah disebabkan reaksi pelabur berdasarkan perkembangan rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK di mana masih terdapat jurang untuk mencapai kesepakatan rundingan.

Pada Jumaat, Pound kembali melonjak ketara selepas perkembangan terbaru memberikan bayangan optimis untuk keputusan rundingan tersebut.

Pada hujung minggu, Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen telah bersetuju untuk melanjutkan perbincangan untuk hubungan masa depan kedua-dua pihak.

Pound didagangkan meningkat, namun masih dibantutkan keyakinan untuk rundingan tersebut mencapai kesepakatan sepenuhnya.

Pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga menutup dagangan minggu lalu sekitar 1.29300 selepas melonjak 120 pips di sesi Eropah pada Jumaat.

Menyambung dagangan pada permulaan minggu ini di sesi Asia, harga sedikit menunjukkan kenaikan. Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga memberi petunjuk trend masih bullish.

Dengan jangkaan untuk US dolar kekal lemah susulan laporan data pekerjaan NFP yang bercampur serta isu kesihatan Presiden Donald Trump, harga boleh membuat kenaikan menuju ke paras resistance 1.3000.

Namun sebaliknya jika Pound kembali didagangkan menyusut semula, harga akan menjunam semula di bawah paras 1.29000.

Penurunan lebih rendah sehingga melepasi paras support minggu lalu bakal didorong harga menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.27600.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat