Mampukah GBP/USD Sambung Lonjakan Harga Semalam?

417

Pound Sterling berjaya paparkan pengukuhan berbanding US dolar pada sesi Eropah semalam walaupun penganalisis masih mengekalkan unjuran penurunan buat mata wang Britain itu.

Menyokong pengukuhan Pound apabila laporan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku terakhir mencatatkan angka yang meningkat pada bacaan akhir pada 1.3% berbanding bacaan awal 1.0%.

Pergerakan harga pada carta pasangan GBP/USD telah pamerkan lonjakan pada dagangan Rabu semalam dari paras 1.37150 pada penurunan awalnya, sehingga ke paras 1.13800 melihatkan harga menguji zon rintangan tersebut pada sesi New York.

Memberi kelebihan kepada Pound apabila US dolar sedikit susut semalam menjelang ucapan Presiden Joe Biden untuk pakej bantuan ekonomi dan penganalisis juga melihat aktivit pengambilan keuntungan (profit-taking) di penghujung suku pertama 2021 mendorong penyusutan US dolar.

Menutup dagangan sesi New York lebih rendah di bawah paras 1.38000, pergerakan harga pada sesi Asia pagi ini lebih perlahan untuk permulaan dagangan bagi bulan April.

Pelabur juga berkemungkinan lebih berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat dengan jangkaan pergerakan harga yang lebih agresif.

Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan, zon rintangan pada 1.38000 perlu ditembusi untuk memberikan isyarat lebih jelas perubahan trend bullish kepada pelabur pada carta GBP/USD.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju sehingga ke paras 1.40000 selepas melepasi beberapa zon tumpuan harga sebelumnya.

Sebaliknya jika harga kembali ditekan lebih rendah semula, paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga akan menyokong penurunan lebih rendah. Penurunan di bawah paras ini akan dilihat sebagai isyarat awal untuk harga menyambung penurunan semula.

Paras 1.37000 akan diuji sebagai paras support harga sebelum penurunan lebih rendah seterusnya dijangkakan sehingga ke paras 1.36000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat