Mampukah GBP/USD Tembusi Trendline Resistance Atau Terus Tenggelam?

461

Melihat kepada carta pergerakan harga GBP/USD, harga kekal bergerak secara ‘sideway’ pada minggu ini namun ada sedikit percubaan menguji trendline resistance pada awal sesi Eropah semalam (Selasa).

Walaupun begitu cubaan untuk menembusi trendline resistance tersebut tampaknya masih lagi gagal setelah harga dikekang semula untuk pamer penurunan dan terus berlegar di zon sokongan 1.34000.

Pada pembukaan dagangan di sesi awal Asia hari ini (Rabu), pergerakan harga dilihat telah membuat junaman di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat awal corak downtrend.

Nampaknya matawang Pound memperoleh sedikit rangsangan daripada data pekerjaan UK yang kukuh untuk papar penguasaan menjelang terbitan data inflasi yang akan diterbitkan di sesi Eropah kelak.

Akan tetapi penguasaan itu juga dibataskan oleh kebimbangan terhadap pasca Brexit serta kenaikan semula kes wabak Covid-19 di negara itu yang menyebabkan sentimen pasaran ketika ini agak berisiko.

Ekoran daripada aspek berkenaan, ia sama sekali telah memberi kelebihan kepada matawang USD bagi mencatat pengukuhan dan juga turut dipacu oleh data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang terbaik.

Trendline resistance itu sudah semestinya bakal kekal dijadikan petunjuk awal kepada pelabur untuk harga membuat trend bullish serta dijangka akan capai zon SBR (support become resistance) 1.35000.

Manakala zon SBR yang seterusnya bakal disaksikan pada 1.36000 yang berkebarangkalian akan beri isyarat yang lebih jelas untuk pergerakan harga terus mempamerkan pendakian ke paras lebih tinggi.

Akan tetapi zon sokongan 1.34000 dijangka akan ditembusi andai kata momentum penurunan harga dikekalkan lagi untuk jangkaan harga bakal mencecah ke paras terendah bagi 2021 sekitar 1.33530.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat