Mampukah Kenaikan Harga EUR/USD Atasi Ketinggian Dicapai Minggu Lalu?

607

Matawang Euro terus mengekalkan pengukuhan selepas data PMI pembuatan dan perkhidmatan di zon Eropah untuk bulan Jun menunjukkan peningkatan mengatasi angka ramalan.

Data yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam bermula dengan Perancis, Jerman dan keseluruhan zon Eropah yang meningkat itu, semakin menunjukkan pemulihan buat ekonomi Eropah selepas terjejas akibat pandemik sebelum ini.

Faktor positif tersebut telah menyokong pengukuhan Euro berbanding US dolar dengan kenaikan harian dicatatkan sekitar 110 pips pada carta EUR/USD.

Kenaikan harga itu juga turut didorong oleh penyusutan nilai matawang US dolar susulan sentimen pasaran kembali pulih setelah dikejutkan dengan kenyataan kontroversi Penasihat Perdagangan White House Peter Navarro pada sesi Asia semalam.

Harga pada mulanya yang turun ke paras 1.12340 kemudian kembali menyambung semula rentak kenaikan harga pada Isnin sehingga ke paras 1.30000 di sesi Eropah. Bersambung pada sesi New York harga meneruskan lonjakan sehingga ke paras ketinggian sekitar 1.13500.

Paras ketinggian tersebut menjadi rintangan harga pada dagangan minggu lalu yang merupakan zon SBR (support become resistance). Harga kembali membuat penurunan di penghujung sesi New York dan menutup dagangan lebih rendah di atas paras 1.13000.

Pergerakan harga pada Rabu perlahan sejak sesi Asia di sekitar paras 1.13100 sementara pasaran menantikan data iklim perniagaan ifo Jerman di sesi Eropah.

Kenaikan harga akan kembali menguji paras ketinggian 1.13500 sebelum kenaikan yang diteruskan bakal menguji zon resistance pada 1.14000.

Namun jika harga membuat penurunan lebih rendah di bawah paras 1.13000, paras sokongan Moving Average 50 (MA50) akan diuji pada pergerakan harga di timeframe H1 untuk isyarat awal perubahan trend.

Penurunan lebih rendah akan menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 1.12500 sebelum ke zon support pada 1.12000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat