Mampukah Keredaan Perang Dagang AS-China Bertahan Lama?

378

Kenyataan Presiden Amerika Syarikat di akaun media social Twitter beliau ada menyebut bahawa China dan Eropah sedang bermain permainan memanipulasi matawang. Beliau yang merasakan tercabar menggesa untuk Amerika Syarikat untuk berbuat perkara yang sama daripada ketinggalan.

Walaupun Trump menulis kenyataan yang mengejutkan dan berbaur provokasi, hal ini sebenarnya sudah tidak asing lagi bagi pelabur namun tetap memberi impak terhadap pasangan kewangan.

China yang dirasakan terpalit terhadap kenyataan tersebut mengatakan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam persaingan dalam penurunan nilai matawang.

Berhubung perkembangan hubungan dagang bersama China, China berharap Amerika Syarikat memberi tumpuan terhadap kepentingan teras China dalam perjanjian dalam usaha untuk mencapai kesepakatan rundingan perdagangan.

Trump sebelum ini telah bersetuju untuk tidak mengenakan tarif tambahan yang baru terhadap barangan import China dan juga membenarkan urusniaga barangan produk Huawei bersama syarikat-syarikat Amerika.

Namun begitu, beliau tidak mengulas lanjut tentang sebarang pengesahan sama ada Huawei akan ditarik balik atau tidak daripada senarai entiti yang disekat. Jabatan Perdagangan AS juga dilaporkan akan meneliti dahulu produk sebelum boleh dijual kepada Huawei.

Menteri Perdagangan China, Zhong Shan menyatakan kumpulan wakil perdagangan daripada kedua-dua negara Amerika dan China masih lagi berhubung dan meneruskan rundingan.

Dalam komen beliau, lebih banyak maklumat berkaitan perbincangan akan didedahkan selepas ini dan beliau juga menyatakan tarif sedia ada perlu dihapuskan demi mencapai perjanjian perdagangan.

Dalam laporan terbaru, Amerika Syarikat sedang merancang jadual untuk panggilan telefon bersama China pada minggu hadapan dan pelabur akan menunggu perkembangan dari masa ke masa.

Sehingga setakat ini, tidak begitu banyak maklumat yang diperolehi berkenaan situasi dan tindakan oleh kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan perselisihan hubungan dagang antara mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat