Mampukah Laporan Pekerjaan Australia Dorong Kenaikan Lebih Tinggi AUD/USD Hari Ini?

148

Perkembangan semasa pasaran kewangan sehingga sesi New York semalam menyaksikan isyarat pengukuhan semula US dolar untuk kembali menambah tekanan terhadap dagangan mata wang utama yang lain.

Begitu juga dolar Australia yang turut menyusut berbanding US dolar dalam suasana pasaran yang kembali dinilai berisiko.

Namun, mencuri tumpuan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), dolar Aussie kembali pamerkan peningkatan nilainya susulan reaksi pasaran terhadap terbitan laporan data pekerjaan Australia sebentar tadi.

Meneliti komponen dalam laporan memberi isyarat pemulihan pada pasaran buruh di Australia dengan kadar pengangguran menurun ke paras terendah hampir 50 tahun.

Namun, pertambahan pekerjaan untuk bulan April mencatatkan bacaan yang lemah pada sekadar 4,000 berbanding jangkaan untuk meningkat kepada 30,000.

Carta harga pasangan mata wang AUD/USD telah menunjukkan penurunan pada sesi New York semalam selepas kenaikan harga di awal minggu mendatar di paras ketinggian 0.70400.

Harga yang susut di bawah paras 0.7000 turut bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberikan isyarat untuk perubahan trend bearish berikutan pengukuhan semula US dolar yang menekan harga ke bawah.

Namun lonjakan harga berlaku pada sesi Asia pagi ini selepas laporan data pekerjaan UK diterbitkan dan harga melompat dari paras 0.69500 ke zon 0.7000 semula.

Gagal melepasi halangan MA50, harga kemudiannya paparkan penurunan semula pada awal sesi Eropah.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan sekiranya dolar Aussie gagal untuk mengekalkan lonjakan untuk mengatasi dominasi oleh US dolar.

Penurunan dijangkakan untuk menuju ke sekitar 0.69000 sebelum meneruskan penurunan lanjut ke zon support 0.68300.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat lonjakan, rintangan pada zon 0.70400 akan kembali diuji untuk harga atasi.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menuju zon tumpuan pada 0.7100 untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat