Mampukah Pasaran Minyak Mentah Kekal Bertahan?

48

Harga minyak merosot pada awal dagangan hari ini apabila prospek pengeluaran Arab Saudi memberi kesan kepada pasaran.

Minyak brent antarabangsa merosot 18 sen dari sesi sebelum ini.

Merujuk kepada kebanyakan peniaga, mereka berpendapat bahawa harga minyak merosot disebabkan pengambilan untung secara mendadak daripada pengukuhan harga sebelum ini. Selain itu, harga juga terimpak dengan jangkaan jumlah bekalan dari pengeluar utama minyak iaitu Arab Saudi.

Arab Saudi sebelum ini memberikan petunjuk bagi peningkatan bekalan minyak mentah pada bulan Ogos lebih tinggi dari rekod 10.67 juta tong sehari yang dicatat pada bulan Julai. Hal ini berikutan perbincangan yang sukar bagi pembekuan bekalan minggu depan.

Sungguhpun begitu, harga minyak kekal 20% lebih tinggi sejak awal Ogos dan mencecah hampir $50 setong pada hari sebelumnya. Sebelum ini, harga meningkat disebabkan potensi pembekuan pengeluaran antara OPEC dan pengeluar utama minyak mentah pada bulan depan.

Di Amerika Syarikat, WTI mentah berada pada tahap stabil iaitu $46.79 setong.

Trader Yen dan Aussie sudah hadam artikel penting pagi ini? Jika belum, klik pautan ini segera!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat