Mampukah SushiSwap Kembali Menyinari Pasaran Kripto?

288

SushiSwap adalah merupakan Pembuat Pasaran Automatik (Automated Market Maker) yang mana AMM dikenali sebagai rangkaian pertukaran desentralisasi yang menggunakan kontrak pintar (smart contract) untuk setiap pasangan token yang diberikan.

SushiSwap dicipta sebagai AMM yang mana kecairan perdagangan automatik disusun di antara dua aset kripto serta bertujuan untuk mempelbagaikan pasaran AMM dan juga menambah ciri-ciri tambahan yang tiada di UniSwap.

Rangkaian SushiSwap dilancarkan pada Ogos 2020 sebagai fork kepada UniSwap yang diasaskan oleh individu rahsia yang ingin dikenali sebagai Chef Nomi.

Namun para pelabur dikejutkan dengan berita tergempar apabila secara tiba-tiba pada 5 September, pengasas tersebut dikatakan telah menjual pegangannya ketika harga SUSHI sedang membuat lonjakan.

Disebabkan tindakan tersebut, harga pasaran SUSHI terus jatuh mendadak dan kebanyakan pelabur melabelkan pengasas itu sebagai scammer.

Kerana desakan komuniti, Chef Nomi kemudiannya memindah pemilikan Sushiswap kepada CEO FTX Sam Bankman-Fried untuk meneruskan kelangsungannya.

Menilai kepada carta SUSHI/USDT, pergerakan harga SUSHI menyambung untuk merekodkan lonjakan melebihi 600% bermula pada pembukaan pasaran 2021.

Lonjakan itu juga telah menyokong harga SUSHI untuk mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang terbaru di paras harga $23 pada 13 Mac.

Namun menyambung pembukaan pasaran pada 14 Mac, pergerakan harga SUSHI terus mengalami penyusutan sehingga ke paras sokongan $8 dan kekal dengan trend bearish jika dilihat pada carta mingguan.

Harga SUSHI juga kekal bergerak perlahan di atas paras sokongan $8 dan masih lagi tidak menunjukkan sebarang corak yang jelas bagi arah pergerakan harga yang seterusnya.

Sekiranya pergerakan harga terus kekal dengan trend bearish, paras sokongan $8 akan menjadi tumpuan untuk ditembusi sebelum mengorak langkah untuk membuat penurunan yang lebih rendah.

Penurunan yang lebih rendah dijangka bakal menuju ke paras terendah $5 yang merupakan paras rintangan yang sukar untuk ditembusi pada dagangan Januari.

Sebaliknya jika pergerakan harga berjaya kembali membuat rentak kenaikan, paras SBR (support become resistance) $10.50 bakal diuji terlebih dahulu sebelum melonjak lebih tinggi.

Jika harga SUSHI terus memperoleh pengukuhan, paras SBR seterunya sekitar $13.50 bakal dituju dan bakal memberi isyarat untuk harga SUSHI membuat trend bullish seperti pada permulaan pasaran 2021.

Setakat jam 4.30 petang waktu tempatan, harga SUSHI sedikit susut sekitar 1% untuk diperdagangkan di paras harga $8.30.

Lihat gambar carta matawang kripto SUSHI/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat