Mampukah US Dolar Pamer Prestasi Cemerlang Pada Permulaan Mei?

255

Menutup dagangan bagi bulan April, US dolar dilihat mengukuh pada Jumaat lalu selepas bergerak lemah sepanjang minggu.

Selain faktor aktiviti pengambilan keuntungan (profit-taking) oleh para pemain pasaran, US dolar juga disokong oleh data perbelanjaan pengguna yang melonjak mengatasi jangkaan.

Sementara pasaran saham juga merosot dengan indeks-indeks utama mencatatkan kerugian. Petunjuk awal untuk sentimen berisiko pasaran itu turut menyokong pengukuhan US dolar.

Namun begitu, dilihat secara keseluruhan, penyusutan sehingga 2.4% US dolar pada bulan April dinilai sebagai prestasi tercorot bulanan sejak Julai 2020.

Dan seperti kebiasaan bagi minggu pertama awal bulan, laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) akan diterbitkan dan akan menjadi acara tumpuan pasaran.

Pergerakan pasaran pada awal minggu dijangka perlahan berikutan kebanyakan bank pusat masih bercuti.

Walaupun kian reda, namun kebimbangan terhadap Covid-19 masih lagi berlegar dalam pasaran. Kajian awal menunjukkan hanya dengan satu suntikan vaksin tidak mencukupi untuk menguatkan perlindungan berdepan variasi baru virus yang lebih agresif.

Dengan bekalan yang terhad, banyak negara memilih untuk meneruskan program vaksinasi walaupun dengan cuma satu suntikan bagi memenuhi keperluan populasi yang besar.

Jika sentimen pasaran pada minggu ini terus berisiko, mata wang komoditi seperti dolar Australi dan dolar New Zealand bakal menerima tempias.

Malah, dolar Kanada yang sensitif terhadap pasaran minyak mentah juga bakal berdepan tekanan ekoran jangkaan permintaan yang suram terhadap bahan bakar. Harga minyak dilihat susut pada Jumaat lalu selepas mencapai paras tertinggi 1 bulan.

Dagangan emas pula ditutup perlahan sekitar paras $1,770 per auns selepas bergerak mendatar di bawah paras $1,800 selama 2 minggu.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat