Mampukah USD/CAD Capai 100 PIPS Pergerakan Harga Sebelum Menutup Dagangan Minggu Ini?

785

Hasil pulangan bon Amerika Syarikat yang meningkat kekal menyokong kestabilan dagangan USD dalam pasaran semasa. Namun pengukuhan dagangan USD semalam agak terganggu dengan data ekonomi yang kurang memberangsangkan termasuk kejatuhan pada data pesanan barangan asas pengeluaran teras dan juga data jualan rumah sedia ada yang turut lemah.

Namun tumpuan pasaran masih kekal pada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang bakal mempengaruhi pergerakan matawang USD secara terus apabila laporan dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.

Sementara itu, matawang komoditi dolar Kanada kembali terkesan ekoran kejatuhan pada harga minyak mentah selepas Amerika Syarikat melaporkan pengeluaran minyak mentah mereka mencapai rekod 12 juta tong sehari, memberi kesan terhadap usaha kelab pengeluar OPEC yang didominasi negara Timur Tengah untuk mengekalkan bekalan minyak serta mengukuh dalam pasaran global.

Berdasarkan pada data domestik pula, tumpuan akan terarah pada data jualan runcit Kanada yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam ini. Jangkaan pasaran adalah bacaan data akan meningkat namun masih kekal berada pada paras yang rendah.

Selain itu, data jualan borong di Kanada yang dikeluarkan semalam mencatatkan angka kenaikan sekaligus memberi isyarat bahawa permintaan oleh pengguna yang meningkat. Dan data tersebut bakal mempengaruhi data jualan runcit pada malam ini.

Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD, harga telah menunjukkan kenaikan sejak dagangan sesi New York semalam dan berlegar di sekitar paras tumpuan pada 1.32300 sehingga pasaran Eropah petang ini.

Harga yang berjaya meneruskan kenaikan berkemungkinan berpotensi untuk mencapai 100 pips pergerakan harga sebelum menguji paras resistance sekitar paras 1.33300.

Dan jika harga kembali membuat penurunan pula, harga boleh mencecah penurunan sehingga 110 pips atau lebih rendah lagi ke sekitar paras support 1.3111 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line.

Lihat gambar chart USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda dan perhatikan juga paras tumpuan harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

 

Paras support: 1.3182, 1.3136, 1.3111.

Paras resistance: 1.3254, 1.3279, 1.3326.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat