Mampukah USD/JPY Terus Mencanak Selepas Lonjakan 200 Pips?

447

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY mempersembahkan aksi bergaya dengan lonjakan agresif untuk mencatat peningkatan sekitar 220 pips daripada paras terendah minggu lalu.

Mata wang Yen terus dipacu lemah berikutan Bank of Japan (BOJ) mengekalkan pelonggaran polisi dengan menetapkan kadar faedah tidak berubah di tahap -0.10%.

Selain itu, sasaran hasil bon kerajaan 10 tahun juga turut ditetapkan di paras 0%.

Dolar greenback pula terus tunjuk ‘belang’ untuk kekal mengukuh pada sesi Eropah hari ini (Selasa) dan sekali gus menyokong USD/JPY mencapai kenaikan yang lebih tinggi.

Namun pelabur perlu berwaspada terhadap mata wang US dolar yang mana Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell bakal melontarkan ucapan pada malam ini dan berkemungkinan akan mempengaruhi hala tuju seterusnya bagi USD.

Jika diperhatikan kepada carta pasangan mata wang USD/JPY, harga kekal meningkat sekitar 45 pips untuk meneruskan rentak kenaikan yang lebih tinggi.

Pengukuhan US dolar yang lebih kuat dijangka akan mendorong harga untuk kembali menuju ke zon rintangan yang dicatatkan pada awal dagangan Julai sekitar 111.640.

Peningkatan yang lebih tinggi akan menguji zon rintangan berikutnya pada 112.200 yang merupakan zon yang paling sukar ditembusi sejak 19 bulan yang lalu.

Zon RBS (resistance become support) 110.800 akan kembali dituju sekiranya harga gagal untuk menembusi zon rintangan 111.640 dan membuat penurunan semula bagi membuat HL (higher low) yang terbaharu.

Penurunan yang lebih rendah berkemungkinan akan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk menguji semula zon RBS 110.100 dan memberi isyarat bearish harga.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat