Mampukah Verasity Kembali Sinari Dunia E-Sport Dengan Kemaskini Terbaharu?

488

Verasity merupakan protokol dan platform untuk pelayar e-sports dan Video Hiburan yang menggunakan lapisan protokol yang dikenali sebagai Proof-of-View (PoV).

Terbaharu, Verasity telah mengemaskini perincian PoV dengan parameter tambahan bagi data bukan iklan seperti permintaan tambahan untuk NFT dan penambahbaikan pada struktur teknologi.

Pengemaskinian ini secara tidak langsung akan membantu dalam memperluaskan lagi pengalaman pengguna yang minat untuk menonton e-sports Fight Club.

Seperti yang disampaikan pada ciapan Twitter Verasitytech, Verasity akan membawa perubahan melalui blockchain kepada komuniti e-sports.

Selepas sahaja pengumuman tersebut, nilai VRA terus mempamerkan kenaikan sehingga mengatasi paras yang sukar ditembusi pada Julai sekitar $0.0135.

Menilai kepada sudut teknikal pada carta VRA/USDT, pergerakan harga dilihat mengekalkan trend bullish dan menembusi trendline resistance untuk melonjak melebihi 120% dari paras terendah.

Setakat ini, harga nampaknya tidak berdaya untuk terus melepasi zon resistance $0.0155-$0.016 walaupun telah menguji zon tersebut.

Jika pergerakan harga berjaya menembusi zon resistance $0.0155-$0.016 itu, harga dijangka bakal menuju ke zon resistance seterusnya sekitar $0.0175-$0.018.

Sebaliknya, penurunan harga yang lebih rendah akan menguji paras yang sukar ditembusi sekitar $0.0135 atau zon RBS (resistance become support) $0.012-$0.0125 untuk membuat rebound.

Namun jika pergerakan harga tetap gagal meneruskan rentak lonjakan, zon RBS terendah sekitar $0.010-$0.0105 bakal diuji semula atau penurunan akan mencecah paras sokongan $0.008.

Setakat jam 5.00 petang waktu tempatan, nilai VRA pamer kenaikan melebihi 2% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.015.

Lihat gambar carta matawang kripto VRA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat