Mampukan USD/CAD Kekalkan Siri Penurunan Harga Sepanjang Minggu Ini?

472

Matawang komoditi dolar CAD dalam dagangan semasa menunjukkan pergerakan yang positif harga selepas mencapai paras tertinggi mingguan berbanding matawang dolar AS pada Selasa.

Kestabilan pada dagangan Loonie adalah didorong oleh faktor kenaikan harga minyak mentah dan juga data inflasi di Amerika Syarikat baru-baru ini yang tidak berjaya menyokong pengukuhan semasa USD.

Harga minyak mentah, sebagai eksport terbesar Kanada disokong oleh isu bekalan minyak global di mana Arab Saudi dilaporkan bercadang untuk mengurangkan bekalan eksport minyak mereka pada April ini.

Sementara itu, kerajaan Amerika Syarikat juga turun menurunkan unjuran pengeluaran minyak mentah domestik mereka sekaligus memberi perkhabaran yang positif buat Kanada.

Dengan sentimen positif minyak mentah dan juga ketidaktentuan pada dagangan USD, Loonie akan terus mengambil kesempatan untuk menekan harga pada USD/CAD sepanjang dagangan minggu ini.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart USD/CAD, harga yang menguji paras ketinggian semasa sekitar 1.34600 pada minggu lalu mula menunjukkan corak pergerakan menurun harga bersambung pada dagangan minggu ini.

Dagangan USD/CAD sejak permulaan minggu ini didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line setiap hari. Dan pada hari ini, harga turut dibuka rendah dari paras Magic Pivot 1.3375 menunjukkan harga masih cenderung untuk menyambung siri penurunan harga jika sentimen semasa kekal tidak berubah.

Jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga berkemungkinan menguji paras resistance 1.3463 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line yang berada pada zon ketinggian harga yang dicapai minggu lalu dan boleh mencapai sekitar 100 pips kenaikan.

Sebaliknya jika harga terus mengekalkan siri penurunan harga, harga boleh mencecah 120 pips penurunan harga sehingga ke paras zon RBS (resistance become support) pada 1.32000.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan anda merancang pengawalan risiko yang terbaik dalam dagangan harian.

Paras support: 1.3332, 1.3309, 1.3267.

Paras resistance: 1.3398, 1.3440, 1.3463.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat