Mana Ada, Negara Kami Bebas Mutasi Covid-19 & Varian Delta – China

236

‘Sama lah macam orang gila cakap dia tak gila.’

Nampak gaya China menafikan sekeras-kerasnya kemunculan semula varian varian asal Covid-19 dan Delta sebagai punca berlaku lonjakan kes jangkitan di sana.

Perkara itu diungkapkan pengarah Institut Penyakit Viral, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC China) iaitu XU Wenbo yang juga merupakan jurucakap tidak langsung kerajaan.

Ulas beliau bahawa pemantauan dinamik yang dibuat menunjukkan varian Delta tidak berleluasa di China dan tiada juga mutasi Delta yang bergabung dengan varian Omicron di sana.

Menurut laporan CDC China sebelum ini bahawa dalam 1,142 kes yang ditinjau dan pensampelan mendapati varian Omicron BA.5.2 dan B.7 merupakan rantaian paling dominan di sana yang menyumbang kira-kira 80% kes jangkitan.

Ia sama dengan tinjauan Pan Yang dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Perbandaran Beijing yang mengatakan rantaian ditemui mendominasi bandar itu adalah varian Omicron BF.7 dan BA.5.2.

Dalam pada itu, kerajaan China dilaporkan tidak pernah menghentikan pengawasan rantaian wabak domestik bagi penjujukan genom keseluruhan bagi mengesan sebarang mutasi baru.

Tambahnya lagi bahawa kebanyakan pesakit yang dirawat di hospital adalah dari varian Omicron.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat