Mantap! Bitcoin Pamer Prestasi Untuk Melonjak!

1,238

Sentimen positif baru-baru ini telah menyokong dan menjadi satu impak yang besar terhadap Bitcoin, namun pasaran dilihat terus meyaksikan penularan harga yang positif menjadi perhatian para pelabur.

Sesi dagangan mingguan dalam kedudukan yang berhati-hati selepas Bitcoin mengalami penurunan ketara beberapa hari yang lalu, susut sehingga dibawah paras sekitar $30,000.

Khabar sentimen yang menular pasaran semasa menjadi hangat setelah Elon Musk mendedahkan kepada umum bahawa SpaceX juga memiliki Bitcoin.

Adakah SpaceX punca BTC naik semula selepas menyentuh paras sokongan?

Elon Musk menyatakan bahawa Tesla akan mula menerima Bitcoin semula, dimana pembayaran boleh dipulihkan secara adil tidak lama lagi dan industri perlombongan Bitcoin beralih lebih banyak ke arah pembaharuan.

Menarik jika melihat carta pergerakan semasa harga BTC/USDT.

Pergerakan harga BTC terus menyaksikan lonjakan yang drastik lebih 11% sejak semalam mencatatkan paras tertinggi pada pergerakan hari ini sekitar $32,858.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga BTC dilihat sedang berlegar-legar dibawah zon SBR (support become resistance) sekitar $33,000 samada membuat correction atau meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga kekal menyaksikan trend Bullish, zon SBR sekitar $33,000 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika pergerakan harga kembali menyaksikan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali paras sokongan sekitar $30,000 sebelum membuat penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Ketika penulisan, BTC/USDT didagangkan pada harga sekitar $32,200 melonjak lebih 4% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat