Mantap! Bursa Cemerlang Pada Pengakhiran Minggu

110

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.59 mata pada 1,555.00 daripada penutupan hari Rabu pada 1,549.41.

Indeks dibuka kukuh 2.97 mata pada 1,552.38.

Bursa berjaya mengembalikan kerugian semalam apabila dibuka tinggi pada akhir minggu ekoran sentimen pasaran yang memulih dengan khabar gembira Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 176 mengatasi kaunter rugi pada 105, manakala 190 kaunter pula tidak berubah, 1,810 tidak didagangkan dan 22 digantung.

Jumlah perolehan pada 110.88 juta unit bernilai RM53.40 bilion.

Laporan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia memperlihatkan sebanyak 500,000 pelancong antarabangsa memasuki negara setakat minggu lalu, sejak pembukaan semula sempadan pada 1 April, dan mengunjurkan sasaran sebanyak 2 juta pelancong lagi akan tiba menjelang akhir tahun.

Sementara itu, nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan pelabur kekal berhati-hati dalam tempoh terdekat kerana sentimen pasaran semasa tidak menentu ekroan Wall Street ditutup lemah.

Saham berwajaran tinggi Malayan Banking Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd capai 1 sen pada RM8.99 dan RM5.05, Public Bank Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd maju 4 sen pada RM4.61 dan RM10.06 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.58.

Saham aktif memperlihatkan Serba Dinamik Holdings Bhd, SMTrack Bhd dan TWL Holdings Bhd kekal pada 14.5 sen, 8.5 sen dan 7.5 sen sementara Techna-X Bhd naik 0.5 sen pada 6 sen dan ARB Bhd tambah 1 sen pada 12.5 sen.

Kaunter paling rugi menunjukkan Petronas Gas Bhd jatuh 34 sen pada RM17.02, Khind Holdings Bhd turun 20 sen pada RM3.10, Sarawak Oil Palms Bhd susut 14 sen pada RM5.58, Kuala Lumpur Kepong Bhd tolak 10 sen pada RM26.80 dan IOI Corporation Bhd rudum 8 sen pada RM4.31.

Di papan indeks, FBM ACE menurun 8.57 mata pada 5,279.6 sementara indeks FBM Emas Shariah meningkat 26.4 mata pada 11,497.12, indeks FBM Emas memacu 38.26 mata pada 11,084.53, indeks FBMT 100 mengumpul 38.09 mata pada 10,759.42 dan FBM 70 mengukuh 44.19 mata pada 13,140.06.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melonjak 1.04 mata pada 198.13, indeks Perkhidmatan Kewangan memaju 77.62 mata pada 16,671.33 sementara indeks Perladangan menyusut 48.19 mata pada 8,189.14.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat