MARGMA: Harga Sarung Tangan Getah Medikal Malaysia Bakal Naik Antara 9%-12%

320

Pengukuhan ringgit tidak semestinya memberi kesan positif pada ekonomi jika pengeksport tidak bertindak mengubah harga barangan mengikut pergerakan wang semasa. Hari ini, Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata harga sarung tangan medikal mungkin akan dinaikkan antara 9% hingga 12% berikutan harga bahan mentah yang semakin mahal serta ringgit yang mengukuh berbanding dolar.

“Harga butadiene dan lateks getah asli, dua bahan mentah asas utama untuk membuat sarung tangan medikal meningkat”. kata presiden Margma, Denus Low Jau Foo.

Harga butadine, bahan import penting untuk pembuatan lateks nitril meningkat berikutan hasil pengeluaran terjejas teruk akibat ribut taufan Irma di Amerika. Selain itu, harga lateks getah asli turut meningkat kesan spekulasi tersebut.

Low juga mengenengahkan ringgit yang semakin menguat berbanding greenback daripada RM4.50 satu dolar pada Januari 2017 kepada RM4.20 berbanding dolar hari ini. “Hal ini menunjukkan ringgit mengukuh hampir 7% berbanding dolar tahun ini”, kata beliau.

Kadar pertukaran matawang memberi kesan langsung terhadap keuntungan perniagaan dan pulangan kepada pemegang saham. “Kami tidak mempunyai pilihan selain menasihati setiap ahli untuk menaikkan harga selari dengan kenaikan mendadak kos pengeluaran”.

Pada hari Jumaat nanti, Majlis Getah Antarabangsa Tiga Hala yang terdiri daripada Thailand, Indonesia dan Malaysia akan bertemu di Bangkok bagi membincangkan pemotongan eksport getah dunia, dengan harapan harga boleh ditingkatkan kepada paras yang lebih sesuai untuk peladang di seluruh Asia Tenggara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat