Mark Carney Beri Amaran Bahawa 4 Industri Utama Ini Akan Paling Terkesan Jika No Deal Berlaku!

1,307

Gabenor Bank of England (BoE), Mark Carney mengungkapkan pada hari bahawa beberapa industri utama akan mendapat kesan yang buruk jika UK berundur daripada Kesatuan Eropah tanpa mengikat sebarang perjanjian dengan blok tersebut.

Perdana Menteri baru UK telah beberapa kali mengulangi retorik bahawa beliau akan meneruskan pengunduran UK daripada Kesatuan Eropah pada 31 Oktober walauapapun berlaku, tidak kira jika perjanjian tersebut berjalan dengan lancar mahupun tidak.

BoE ini baru-baru ini telah mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi UK dan Carney berkongsi pandangan bahawa no deal Brexit kini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

Carney dalam temuduga dengan BBC memberitahu bahawa no deal bukan sahaja akan memberi kesan kepada UK namun juga Eropah. Beberapa industri utama dalam negara UK mencatat keuntungan yang tinggi berkemungkinan akan rugi dan merundum.

Tambah beliau, industri automatif, pengangkutan, makan dan sektor kimia akan berhadapan cabaran besar jika no deal berlaku.

Berdasarkan kajian selidik pakar Ekonomi oleh Reuters, 1/3 berpendapat kemungkinan situasi no deal akan berlaku.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat