Mark Carney Persoalkan US Dolar – Bitcoin Sebagai Alternatif?

384

Gabenor Bank of England (BOE), Mark Carney telah memberi ucapan yang terkait dengan matawang digital dalam simposium di Jackson Hole. Carney telah mengeluarkan pandangan yang agak radikal iaitu beliau lebih memilih matawang digital sebagai pusat dalam sistem monetari global berbanding US dolar, walaupun ia agak mustahil pada ketika ini.

Menurut Galvin, CEO Syarikat Digital Asset Capital Management di Sydney berpendapat matawang crypto Bitcoin adalah matawang digital sesuai dengan kriteria yang dicari oleh Mark Carney kerana ia tidak dikaitkan mana-mana negara dan bebas daripada pemilikan.

Dalam simposium tersebut Carney mencadangkan bahawa terdapat kemungkinan penyelesaian dalam teknologi baru, dimana ia belum dicuba. “Dalam tahun ini Facebook telah mengumumkan matawang crypto Libra dan ia dirancang untuk menjadi matawang digital global dan bebas daripada kawalan mana-mana bank pusat tetapi setakat ini penggubal dasar kebanyakkanya masih skeptikal. Carney yang akan bersara pada tahun hadapan mengatakan, apa yang ada di fikiran beliau adalah matawang baru yang diawasi oleh orang ramai yang berautoriti.

Bitcoin setakat ini didagangkan pada paras $10,116 seunit. Amit Kaushik yang merupakan pengerusi firma pelaburan berpendapat matawang digital yang berasaskan Blockchain seperti Bitcoin mampu untuk menawarkan teknologi tulang belakang kepada matawang global alternatif yang bebas daripada pengarauh badan tertentu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat