Mark Cuban Dedahkan 3 Sebab Kenapa Ether Akan Atasi Bitcoin!

2,784

Ethereum atau juga dipanggil sebagai Ether (ETH) pada minggu telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan mencapai tahap tertinggi pada hari Rabu.

Walaupun masih berada di kedudukan kedua di belakang bitcoin dalam nilai pasaran, namun pemain pasaran yakin akan Ethereum dan kemampuan yang dapat diberikan pada masa akan datang.

Menurut pelabur jutawan Mark Cuban, jika dinilai berdasarkan kepelbagaian jenis transaksi dan jumlah transaksi yang dapat dijalankan, Ethereum memiliki kelebihan ke atas bitcoin. “Penggunaan Ethereum jauh lebih besar.”

Pertama, blockchain Ethereum secara konsisten memproses lebih banyak transaksi sesaat daripada bitcoin, menjadikan pembayaran lebih cepat dan lebih produktif.

Kedua, ia dapat menyokong pembuatan aplikasi. Ethereum terkenal dengan kontrak pintar, yang memberi kelebihan dan membina aplikasi yang terdesentralisasi, seperti aplikasi DeFi (atau pembiayaan yang terdesentralisasi), dan NFT (token tanpa fungsional)

Pada masa ini bitcoin adalah lebih ditanggapi sebagai penyimpan nilai. Namun disisi lain Ethereum sedang berkembang dan menarik lebih ramai orang untuk membangun projek menggunakan blockchain Ethereum. Lanjut Mark Cuban.

Ketiga,Ethereum 2.0 akan membawa perubahan yang besar kerana ia lebih pantas dan kosnya lebih murah.

Walaupun Cuban yakin akan kemampuan Ethereum dan Bitcoin namun beliau menekankan bahawa projek baru sentiasa mempunyai potensi untuk mengganggu status quo.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat