Mark Cuban Miliki 30% ETH, Yakin Kewujudannya Sebagai Mata Wang Sebenar

751

Jutawan Mark Cuban berpendapat Ethereum (ETH) merupakan matawang kripto yang paling dekat sebagai matawang sebenar dan Bitcoin pula alternatif baik kepada emas.

Dalam temubual dalam episod terbaru Podcast Delphi, Cuban memberitahu kontrak pintar dan cirinya yang tidak berpusat (decentralized) menjadikan ia sebagai game-changing bagi sektor berkaitan.

Mendedahkan portfolionya, Cuban telah melipatgandakan jumlah Bitcoin kepada 60%, Ethereum (30%) dan koin lain sebanyak 10%.

Jelasnya, dia tidak pernah menjual Bitcoin yang dimilikinya sejak awal kemunculan Coinbase kerana percaya dengan cirinya yang lebih bernilai daripada emas.

Manakala, Ethereum lebih istimewa kerana pembangun boleh meningkatkan dan menambahbaik rangkaiannya.

Sebelum ini, Cuban pernah membeli sejumlah kecil Dogecoin (DOGE) untuk anaknya, Jake yang berusia 11 tahun dengan tujuan sebagai permulaan kepada perkenalan sektor kripto.

Pada masa yang sama, Cuban akui pembelian Dogecoin juga sebagai sebahagian usaha untuknya belajar lebih mendalam tentang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat