Mark Cuban Teruja Dogecoin Bakal Cecah $1

1,482

Baru tiga hari mengumumkan Dogecoin (DOGE) sebagai medium pembayaran bagi pembelian merchandise dan tiket Dallas Maverick, Mark Cuban ramalkan harga token itu akan mencecah $1.

Cuban dalam tweetnya semalam mendedahkan transaksi bagi pasukan bola keranjang itu menyaksikan lebih 20,000 Dogecoin (sekitar $10,400 ketika penulisan).

Figura itu turut mendakwa francaisnya kini menjadi peruncitan Dogecoin terbesar di dunia.

Jelas Cuban, jika peminat Dallas Maverick terus melakukan transaksi dalam Dogecoin, membeli merchandise Maverick pada nilai 6,556,000,000 DOGE, Cuban yakin harga token itu boleh melonjak mencecah $1.

Bagi rekod, pasukan bola keranjang itu mula menerima kripto sebagai medium pembayaran untuk tiket dan merchandise dua tahun lalu dengan yang pertama, Bitcoin (BTC). Selain itu, peminat juga boleh membayar menggunakan Bitcoin Cash (BCH), USD Coin (USDC), Gemini Dollar (GUSD), Paxos Standard (PAX) dan Binance USD (BUSD).

Tuah DOGE yang didorong oleh lambakan tweet oleh pengasas Tesla, Elon Musk membawa harga token itu melonjak daripada $0.01 pada Januari kepada paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.078.

Ketika penulisan, harga DOGE didagangkan pada $0.053, melonjak 7.31% dalam 24 jam. Ini juga bermakna, DOGE perlukan lonjak sekitar 1,864% untuk mencapai nilai $1.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat