Mark Cuban Yakin Dengan DogeCoin Berbanding Kripto Ini

221

Pelabur bilionair Mark Cuban mempunyai cara tersendiri untuk menilai potensi projek kripto, sama seperti perspektifnya terhadap Dogecoin.

Pandangan Mark Cuban terhadap potensi blockchain sebagai rangkaian yang dapat membangun melalui kontrak pintar telah membuatkan beliau melabur dalam blockchain Polygon termasuklah usahanya dalam projek Ethereum.

Baru-baru ini, Mark Cuban dengan yakinnya percaya bahawa Dogecoin akan menjadi platform yang berupaya untuk menghoskan aplikasi berbanding projek Cardano yang tidak memaksimumkan peluangnya.

Menurut pelabur bilionair tersebut, peluang untuk Cardano lebih besar berbanding Dogecoin dalam menjadi platform untuk aplikasi. Tetapi Cardano telah tewas menjadi platform untuk aplikasi yang paling terkenal.

Cuban mengatakan bahawa rantaian blok DOGE memiliki lebih banyak persediaan aplikasi daripada Cardano.

Beliau juga lebih tertarik kepada Dogecoin walaupun mata wang kripto seperti DOGE dan Shiba Inu tidak mempunyai permodalan pasaran yang tinggi. Ia ada potensi untuk menarik lebih banyak aplikasi yang memegang blockchain.

Selain itu, Cuban pernah berkata kelebihan pasaran mata wang kripto dapat membuat sesuatu bisnes menjadi lebih baik serta mewujudkan satu peluang yang besar dalam menjalankan bisnes yang mempunyai utiliti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat