Mark Zuckerberg Ikut Jejak Elon Musk ‘Monopoli’ Pasaran Tapi Kantoi!

839

‘Kena masa pula dia pergi beli syarikat Within tu, memang kena lah.’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta Platforms Inc, Mark Zuckerberg diarahkan untuk memberi keterangan di mahkamah berkenaan isu memonopoli industri realiti maya (VR).

Difahamkan bahawa Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) memfailkan dokumen di Mahkamah Daerah Utara Amerika Syarikat (AS), California untuk meminta 18 orang saksi termasuk Zuckerberg memberi keterangan.

Sebagai konteks, Meta telah mempersetujui perjanjian untuk membeli sebuah syarikat pencipta kandungan VR iaitu Within pada Oktober 2021 lalu.

Jumlah pemerolehan tidak dinyatakan, namun pada Julai, FTC telah memfailkan saman terhadap Meta atas dakwaan ia meningkatkan risiko ‘cubaan monopoli’ pasaran VR memandangkan syarikat Zuckerberg berada dalam industri sama.

Hujah FTC ketika itu adalah bahawa perjanjian tersebut memberi indikasi ‘mengurangkan persaingan ketara dan akan mewujudkan monopoli’.

Meta kemudiannya telah membidas pertuduhan tersebut dengan pemfailan mahkamah yang mengatakan dakwaan FTC adalah konklusif, spekulatif dan bercanggah daripada fakta penetapan pasaran.

Berbalik kepada cerita asal, CEO Within iaitu Chris Milk dan Ketua Pegawai Teknologi Andrew Bosworth turut dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan pemerolehan tersebut.

Selain itu, sumber dalaman mengatakan Zuckerberg akan diminta untuk menjelaskan pemerolehan Within dari sudut strategi perniagaan mereka dalam industri VR termasuk rancangan sokongan oleh pembangun parti ke-3 di mahkamah nanti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat