Masa Beralih Ke Kripto? Spain Mula Kurangkan ATM!

692

Berdasarkan laporan baru-baru ini daripada Bank of Spain, rangkaian itu hanya mempunyai 48,081 ATM pada akhir suku ketiga 2021. Bilangan ATM di Sepanyol juga telah turun ke tahap paling rendah sejak 2002, apabila rangkaian itu hanya mempunyai 1,795 lebih banyak ATM berbanding hari ini. Pengurangan ini mempunyai kaitan dengan percubaan untuk mengurangkan kos dalam sektor perbankan di tengah-tengah desakan untuk beralih ke arah pendigitalan untuk pembayaran dan proses perbankan .

Jumlah tertinggi ATM dalam rangkaian itu didaftarkan pada 2008 apabila terdapat 61,714 ATM berdaftar di negara tersebut. Sejak itu, bank telah mengurangkan mesin secara berperingkat. Waimna begitu, berikutan keterbatasan yang ada, penggunaan ATM telahpun meningkat. Pada suku ketiga 2021, rakyat Sepanyol telah membuat sebanyak 171,300 transaksi pengeluaran menggunakan ATM, peningkatan sebanyak 1.04% berbanding tempoh yang sama pada 2020.

Disisi yang berbeza, kerajaan Sepanyol juga telah mengurangkan jumlah wang yang boleh dibayar secara tunai bagi setiap transaksi. Tahun lalu, undang-undang pencegahan penggubahan wang haram di Sepanyol telah digubal dimana ia turut mengawal beberapa isu mengenai ase kripto dan kawalan untuk pembayaran tunai bergantung pada jenis transaksi.

Undang-undang tersebut menetapkan bahawa pembayaran secara tunai hanya boleh dibuat sehingga had €1,000. Mengenepikan undang-undang ini boleh mengakibatkan denda sebanyak 25% daripada pembayaran yang dibuat, yang akan dibayar oleh setiap pihak dalam transaksi tersebut.

Walau bagaimanapun, media tempatan menyatakan perkembangan ini boleh menjejaskan rakyat Sepanyol di kawasan luar bandar secara tidak seimbang kerana mereka lebih bergantung terhadap wang tunai bagi keperluan harian mereka.

Desakan baru-baru ini telah mendorong lebih ramai penduduk negara ini kepada pembayaran digital. Sebagai contoh, tinjauan nasional untuk pembayaran tunai, yang dijalankan pada Julai 2021, mendapati hanya 35% daripada rakyat yang ditinjau menggunakan wang tunai untuk pembayaran. Ini merupakan perubahan yang ketara berbanding dengan cara pembayaran dibuat pada tahun 2014, di mana 80% rakyat menggunakan wang tunai sebagai alat pembayaran.

Walaupun penggunaan tunai telah menurun, Sepanyol masih menggunakan lebih banyak wang tunai untuk pembayaran berbanding negara seperti Sweden, di mana kurang daripada 10% penduduk menggunakan kertas fizikal dan syiling untuk membayar.

Sebahagian pengganalisis menunjukkan sikap optimis bahawa Sepanyol akan mengambil pendekatan yang lebih mesra kripto pada masa akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat