Masa Untuk Pelabur Institusi Kripto Ethereum, Bitcoin Enjoy!

2,154

Pelabur institusi sinonim dengan lonjakan Bitcoin (BTC), seperti mana pelaburan mereka telah membawa raja kripto itu daripada $10,500 pada awal Oktober 2020 berjaya cecah $40,000 minggu lepas.

Bagaimanapun, tanpa disangka harga BTC tidak kekal lama di paras tertinggi apabila mula susut sehingga paras terendah pada tengah malam tadi, $30,468 ekoran daripada tekanan penjualan yang meningkat.

Nampaknya, ada sebilangan pelabur yang membuat panic selling ketika para pelabur institusi kekal tenang dengan ketidaktentuan pergerakan harga aset Satoshi Nakamoto.

Malah, rekod pembelian BTC dalam kalangan pelabur institusi atau Bitcoin whales dilihat masih stabil dan terus berkembang. Begitu juga Ethereum whales yang turut ‘merebut’ ETH ketika penyusutan.

Seperti yang ditegaskan oleh penganalisis dan pelabur kripto, Lark Davis, penyusutan awal minggu ini sekadar perangkap yang mensasarkan pelabur runcit sebagai mangsa.

Alamat wallet Bitcoin whale dilaporkan telah meningkat 4% sejak 2 Disember 2020 dengan alamat wallet pelabur runcit susut lebih daripada 6%.

Manakala ETH yang susut sehingga $923 pada tengah malam tadi dari ketinggian $1,355 menyaksikan lebih 152,000 alamat wallets membeli lebih 6.7 juta ETH, termasuk 17 alamat baru Ethereum whale yang menyertai rangkaian 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat