Masih Ada Ruang Peningkatan Dalam Sektor Perkhidmatan US

201

Menurut tinjauan yang dibuat oleh Markit, sektor perkhidmatan US meningkat pada Oktober. ISM Non-Manufacturing PMI (Indeks sektor perkhidmatan US) mencatatkan bacaan 54.8 yang rendah daripada jangkaan penganalisis iaitu 56.2.

Data ini adalah hasil daripada tinjauan yang diambil dari 400 purchasing manager tentang keadaan perniagaan dalam syarikat mereka yang melibatkan pekerjaan, tempahan baru, harga, penghantaran dan inventori. Data di atas 50 menunjukkan keadaan yang baik dan sebaliknya di bawah 50. Namun data yang dicatatkan ini rendah dari jangkaan dan bacaan pada bulan sebelum iaitu 57.1.

Menurut laporan, syarikat-syarikat perkhidmatan ini menunjukkan keadaan ekonomi yang kukuh dan ada peningkatan dalam kesudian pelanggan berbelanja. Perbelanjaan domestik khususnya dalam sektor perkhidmatan adalah antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi US.

Harga input (faktor pengeluaran) dilaporkan meningkat pada September berikutan peningkatan harga faktor-faktor pengeluaran yang dapat dilihat kepada peningkatan purata harga perkhidmatan dalam sektor ini. Faktor pengeluaran ialah barang-barang yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barang baru atau produk.

Menurut penganalisi ekonomi Markit, Chris Wiliamson, “Pertumbuhan ekonomi yang kukuh, penawaran kerja yang meningkat, kenaikan harga dan keyakinan kepada perniagaan menunjukkan isyarat akan kenaikan kadar sekali lagi tahun ini”.

Sejurus selepas data ini dikeluarkan, Indeks saham S&P 500 tidak menunjukkan banyak perubahan. Indeks US dollar juga jatuh 4 mata asas kepada 97.36.

 

Ini Antara Data yang Menjadi Petunjuk Kepada NFP Malam Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat