Masih Gagal Tembusi Paras Support 1.1800, EUR/USD Papar Kenaikan Semula

573

Tumpuan utama pasaran akan terarah pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang akan diterbitkan di sesi New York hari ini untuk pelabur menilai sama ada bacaan data akan memberi petunjuk bahawa ekonomi semakin pulih daripada krisis pandemik Coronavirus.

Menjelang dagangan penghujung minggu, momentum pengukuhan US dolar kembali pudar dengan bacaan data ekonomi diterbitkan bercampur-campur.

Kadar tuntutan faedah pengangguran AS semakin menurun di bawah paras 1 juta semula dan lebih rendah berbanding jangkaan. Manakala, data PMI perkhidmatan AS tinjauan ISM diterbitkan menurun, namun masih menunjukkan pengembangan.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam, harga kembali membuat kenaikan semula setelah menguji zon support harga pada 1.18000.

Matawang Euro juga masih dilihat berisiko berikutan kenyataan dovish oleh bank pusat Eropah serta data-data ekonomi Eropah yang diterbitkan bercampur.

Namun penyusutan US dolar lebih mendorong pergerakan menaik harga di sesi New York dan dijangka pergerakan tidak menentu harga pada hari ini berikutan reaksi pelabur menjelang data NFP diterbitkan.

Kenaikan harga dilihat menguji semula paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam yang akan memberi isyarat awal perubahan trend pada carta EUR/USD.

Sesi Asia pagi ini melihatkan harga bergerak perlahan di sekitar 1.18500 juga di sekitar paras MA50.

Kenaikan yang diteruskan akan memberi petunjuk awal perubahan trend bullish dengan jangkaan harga akan menguji semula paras tumpuan 1.19000 iaitu zon SBR (support become resistance).

Kenaikan lebih tinggi bakal kembali semula ke zon resistance utama pada ketinggian 1.2000 yang telah melihatkan harga menjunam setelah menyentuh paras tersebut minggu ini.

Namun jika harga kembali menyambung trend menurun, zon support 1.18000 akan diuji semula dan jika berjaya ditembusi, penurunan bakal diteruskan sehingga bawah paras 1.17200.

Waspada terhadap pergerakan tidak menentu harga sebelum dan selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat hari ini bagi mengurangkan risiko dagangan anda.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat