Masih Gagal Teruskan Pendakian, USD/JPY Kecundang Lagi

325

Carta pasangan mata wang USD/JPY telah menyangkal jangkaan positif pelabur untuk melihat kenaikan harga lebih tinggi pada penghujung minggu ini ekoran harga yang menjunam semula semalam.

US dolar dilihat bergerak lebih lemah berbanding Yen pada Khamis semalam selepas momentum pengukuhan oleh raja mata wang itu gagal dikekalkan seperti dagangan awal minggu.

Sejak dagangan awal minggu, US dolar telah pamerkan pengukuhan sebagai mata wang safe-haven susulan sentimen pasaran yang berisiko mengatasi Yen yang terkesan oleh faktor domestik di Jepun.

Mata wang Yen juga turut disokong oleh terbitan bacaan akhir bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun untuk suku kedua yang meningkat berbanding bacaan sebelumnya.

Selepas harga bergerak mendatar dan menguji paras rintangan 110.400 pada Rabu lalu, harga kembali membuat penurunan semalam di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat bearish.

Harga telah susut ke zon support sekitar 109.700 yang telah menjadi zon penting menyokong harga daripada jatuh lebih rendah sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Jangkaan untuk penurunan lebih rendah sebelum penutupan dagangan minggu ini bakal menuju zon support seterusnya pada 109.300 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Namun jika harga berjaya melonjak semula melepasi halangan MA50, zon rintangan 110.400 sekali lagi akan diuji pada minggu ini.

Peningkatan harga lebih tinggi melepasi rintangan tersebut dilihat akan menguji pula paras ketinggian 110.600 sebelum meneruskan kenaikan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat