Masih Nantikan Sentimen Vaksin, AUD/USD Berlegar Di Paras Ketinggian Minggu Lalu

375

Sentimen pasaran disinarkan kembali dengan laporan terbaru berkenaan perkembangan vaksin Coronavirus apabila Moderna pula memaklumkan ujian keberkesanan vaksin mereka mencapai tahap 94%.

Laporan yang meningkatkan keyakinan pelabur semula yang kian pudar telah menyokong kembali mata wang komoditi untuk didagangkan meningkat walaupun pergerakan harga dilihat masih perlahan.

Dolar Australia berjaya manfaatkan situasi semasa untuk meningkatkan nilai dagangannya dengan tumpuan terarah pada minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) pada sesi Asia.

Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga yang menguji paras rintangan 0.73000 pada sesi Asia semalam sehingga ke sesi Eropah akhirnya berjaya menembusi paras tersebut pada sesi berikutnya susulan laporan terbaru berkenaan vaksin.

Pergerakan harga mendatar pada sesi Asia hari ini dengan reaksi pasaran terhadap minit mesyuarat RBA juga tidak begitu mempengaruhi dagangan Aussie.

Harga berkemungkinan akan menguji paras 0.73000 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan sasaran ketinggian seterusnya adalah pada sekitar 0.74000.

Namun jika harga membuat penurunan di bawah paras 0.73000 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, penurunan dijangkakan sehingga ke zon RBS (resistance become support) sekitar 0.72200.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat