Masih Power! Bursa Hijau Disokong Aktiviti Buruan Saham

169

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.55 mata pada 1,592.53 daripada penutupan hari Rabu pada 1,585.98.

Indeks dibuka kukuh 7.64 mata pada 1,593.62.

Ia dibuka tinggi hasil dorongan aktiviti bargain-hunting disebalik prestasi pemulihan di Wall Street.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 203 mengatasi rugi pada 94, manakala 202 kaunter pula tidak berubah, 1,791 tidak didagangkan dan 82 digantung.

Jumlah perolehan pada 196.37 juta unit bernilai RM88.88 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan bahawa Wall Street berada dalam sesi pemulihan selepas mencapai paras tertinggi harian di sebalik musim pendapatan yang bercampur.

Sementara itu, bursa tempatan memperlihatkan sektor bertemakan permulihan teurs menjadi perhatian ekoran pengumuman pelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang berkuatkuasa 1 Mei, seterusnya menandakan pemulihan ekonomi sedang berjalan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) naik 5 sen pada RM9.03, Petronas Chemicals Group Bhd tambah 4 sen pada RM9.96, IHH Healthcare Bhd capai 7 sen pada RM6.64 dan CIMB Group Holdings Bhd lonjak 2 sen pada RM5.17 sementara Public Bank Bhd kekal pada RM4.71.

Saham aktif memperlihatkan MN Holdings Bhd naik 1.5 sen pada 22.5 sen, Nestcon Bhd lonjak 1 sen pada 50.5 sen, Ajiya Bhd kumpul 3 sen pada RM1.17 sementara Anzo Holdings Bhd hilang 1.5 sen pada 2 sen dan Pertama Digital Bhd susut 1 sen pada 89.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE meningkat 16.70 mata pada 5,587.47, FBM 70 memaju 63.79 mata pada 13,592.58, indeks FBM Emas mengembang 48.03 mata pada 11,385.83, indeks FBMT 100 mengukuh 46.89 mata pada 11,044.57 dan indeks FBM Emas Shariah mencapai 50.72 mata pada 11,932.68.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 50.18 mata pada 16,850.20, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencanak 0.46 mata pada 206.63 dan indeks Perladangan meningkat 115.40 mata pada 8,833.60.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat