Masih Relevankah Kedai Permainan Video?

280

Syarikat permainan video terbesar dunia, GameStop dianggarkan mempunyai lebih daripada 5,700 buah kedai di seluruh dunia setakat September 2019. Namun begitu, pertumbuhan permainan digital yang semakin pesat menyebabkan kedai jualan permainan GameStop menjadi liabiliti buat mereka.

Melihat kepada situasi ini, GameStop mula bertindak untuk menutup di antara 180 hingga 200 buah kedai jualan permainan mereka yang dirasakan kurang memberi impak kepada hasil jualan kepada syarikat itu. Dikhabarkan kesemuanya akan ditutup selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Namun apa yang lebih membimbangkan, jumlah penutupan kedai akan terus bertambah dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. Fasa pertama penutupan ini dilihat sebagai langkah terburu-buru namun bagi fasa kedua pula akan diteliti dengan lebih mendalam untuk setiap kedai bagi setiap kawasan.

Ketua Pegawai Kewangan GameStop, Jim Ryan berkata pendekatan secara analisis yang lebih terperinci akan dilakukan termasuk dari sudut tahap keuntungan dan kebolehpindahan jualan. Jika semua aspek ini diambil kira, maka akan lebih banyak lagi kedai yang bakal ditutup untuk tempoh 12 hingga 24 bulan ini.

Tambahnya lagi, jumlah keseluruhan penutupan kedai masih belum dapat dipastikan namun apa yang pasti syarikat mereka akan meneruskan rancangan untuk mengecilkan lagi jumlah kedai mereka di seluruh dunia.

Harga saham bagi GameStop dilihat semakin merudum sejak pertengahan bulan Januari di mana ketika itu nilainya sekitar $16 sesaham. Kini syarikat itu diniagakan pada nilai $4.59 sesaham, turun $0.5 untuk sesi dagangan yang berakhir semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat