Masih Tinggi, Komoditi Ini Nampaknya Tidak Gayat

354

Harga emas hitam meneruskan kenaikan lebih tinggi pada pembukaan dagangan awal minggu dengan komitmen pemotongan bekalan oleh negara pengeluar utama dan optimisme terhadap pakej rangsangan AS telah menyokong keyakinan pasaran untuk permintaan.

Dagangan minyak mentah Brent meningkat lebih tinggi dengan diperdagangkan pada $59.95 setong selepas mencatatkan kenaikan 0.6% pada hari ini.

Sementara penanda aras minyak mentah,WTI Amerika Syarikat pula terus mendaki dengan meningkat lebih 1% pada $57.45 setong, iaitu paling tinggi sejak Januari 2020.

Kelemahan data pekerjaan AS yang diterbitkan pada hujung minggu lalu, telah meningkatkan harapan pasaran untuk langkah rangsangan fiskal lebih lanjut untuk dilaksanakan dengan segera.

Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen mengatakan Amerika boleh kembali kepada sasaran pekerjaan penuh pada tahun 2022 jika ia menerapkan pakej rangsangan yang cukup kuat.

Susulan itu, Demokrat kini berusaha lebih kuat untuk melancarkan bantuan coronavirus $1.9 trilion walaupun tidak mendapat sokongan daripada Republikan.

Sementara itu, janji Arab Saudi untuk melaksanakan pemotongan pengeluaran tambahan pada bulan Februari dan Mac berikutan pengurangan oleh anggota lain dari Organisasi Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya, termasuk Rusia, OPEC+, juga telah membantu menyeimbangkan pasaran global.

Kenaikan harga minyak mentah nampaknya lebih tenang apabila kebanyakan negara mula menunjukkan penurunan dalam kes jangkitan dan kematian akibat coronavirus, terutamanya di Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat