MASkargo Lancar Perkhidmatan Logistik Halal

259

Bahagian kargo Malaysia Airlines Bhd, MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) hari ini, membuktikan kesediaannya untuk meneroka pasaran halal global dengan pelancaran perkhidmatan logistik halal selepas memperolehi Pensijilan Halal MS2400 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Mei lalu.

Sehubungan dengan itu, MASkargo akan menjadi pengendali terminal kargo udara pertama di dunia yang mempunyai sijil halal.

MASkargo kini merupakan sebahagian daripada rantaian logistik halal yang mempunyai keupayaan untuk meneroka pasaran makanan halal global dengan merujuk kepada laporan oleh International Research Analysis & Consulting Group, nilai pasaran tersebut dijangka mencapai US$2.6 trilion menjelang 2023.

Bagi memenuhi syarat yang ketat dalam mengekalkan integriti halal, MASkargo bersama JAKIM telah mengkaji dan meminda semula semua proses di samping menawarkan kemudahan tambahan untuk memenuhi keperluan dalam mengekalkan pengasingan dan pemisahan antara penghantaran halal dan bukan halal.

Kira-kira RM500,000 telah dilaburkan untuk memenuhi keperluan industri halal bagi menjadikan perkhidmatan tersebut sebagai pengendali kargo udara yang boleh dipercayai, selamat dan terjamin.

Produk-produk yang diterima oleh MASkargo seperti makanan atau farmaseutikal akan diuruskan dalam persekitaran halal bermula daripada tempat penyimpanan di gudang, pengangkutan sehingga diterbangkan ke destinasi.

Menerusi perkhidmatan logistik halal ini, MASkargo akan mengangkat kedudukan Malaysia sebagai peneraju utama hab halal dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat